Thursday, September 26, 2019

RINALISYA PETSHOP

Alhamdulillah...setiap apa yang berlaku semuanya dengan perancangan Allah taala. Tidak gugur sehelai daun pun didalam hutan semua dgn kehendak dan pengetahuan Allah taala.

Bila tgk balik last post kami adalah pada tahun 2013. Bermakna hampir 7tahun kami sunyi dalam dunia blogger. Jujurnya mmg kami lupa akan kewujudan Rinalisya Blogspot ni. Namun dgn izin Allah bila saya cuba utk "gugel" mengenai Rinalisya ini maka.keluarlah segala maklumat yang ada ttg Rinalisya 😊. Almaklumlah tak banyak org y menggunakan nama ni.

Ok to make short...Sedikit Pengenalan ttg Rinalisya...ianya ditubuhkan oleh kami suami isteri (azlin & fariz) sejak tahun 2009 lagi..bermula dgn suka2 kami membela kucing pertama Betty baka (DLH) dan kemudian berkembang biak menjadi banyak dan beranak pinak. Kerana costing yang agak mahal ketika itu maka bermulalah episod kami memulakan "breeding" kucing utk jualan.

Rinalisya adalah gabungan nama anak kami qaiRINA dan qaLISYA yang pada masa itu baru mempunyai 2org shj. Nama Rinalisya tlh kami daftarkan SSM sbg Rinalisya Ent dan bbrpa event tlh kami sertai atas nama itu. Namun kerana masa dan aktiviti lain yang terhad maka Rinalisya Ent terpaksa ditutup.

Kemudian pada tahun 2013 kami mula berjinak2 dgn kucing2 baka highnose dan exotic short hair. Dan bermula dgn itu lah kami mula aktif dalam dunia kucing di FB.

Tetapi rahmat Allah melebihi murkanya. Kami diuji dgn kecurian dan kematian anak2 kucing yang banyak pada tahun 2016 dan 2017. Dan ketika itulah kami mengambil keputusan utk berehat dan membela sekadar minat shj sehingga kini.

Namun kerana azam dan semangat yang tinggi dalam dunia Haiwan ini...kami melangkah setapak lagi utk mencuba didalam dunia perniagaan dan mengambil keputusan utk membuka kedai "Haiwan Peliharaan" dikawasan Taman Saujana Plentong.

Kedai lot yang berukuran 20x24 ini telah kami penuhkan dgn segala bentuk keperluan sibulus yang ada. Dari kucing,arnab,ikan dan burung semuanya kami sediakan...Insyaallah diharapkan diatas doa kawan2 kami dapat bertahan dan istiqomah utk menjadikan perniagaan bumiputra dan muslim ini lebih berjaya. Namun kami bukanlah bersifat "rasist" kerana kami juga banyak dibantu oleh peniaga2 bangsa lain yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Cuma kami harapkan sokongan dan doa anda semua yang tidak putus mendoakan kami.

Terakhir terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang banyak membantu kami dan telah kami anggap spt adik sendiri iaitu Sulaiman dari Dhiraz Cat House dan Haizer (jiran) yang byk membantu dalam menyumbangkan tenaga dan idea kepada kami.

Insyaallah dgn adanya Rinalisya Petshop diharapkan ekonomi umat islam akan semakin kuat dan peluang pekerjaan utk anak muda juga dapat bertambah...Akhir kalam...jazakumullahhu khyran khatira 😊