Thursday, September 26, 2019

RINALISYA PETSHOP

Alhamdulillah...setiap apa yang berlaku semuanya dengan perancangan Allah taala. Tidak gugur sehelai daun pun didalam hutan semua dgn kehendak dan pengetahuan Allah taala.

Bila tgk balik last post kami adalah pada tahun 2013. Bermakna hampir 7tahun kami sunyi dalam dunia blogger. Jujurnya mmg kami lupa akan kewujudan Rinalisya Blogspot ni. Namun dgn izin Allah bila saya cuba utk "gugel" mengenai Rinalisya ini maka.keluarlah segala maklumat yang ada ttg Rinalisya 😊. Almaklumlah tak banyak org y menggunakan nama ni.

Ok to make short...Sedikit Pengenalan ttg Rinalisya...ianya ditubuhkan oleh kami suami isteri (azlin & fariz) sejak tahun 2009 lagi..bermula dgn suka2 kami membela kucing pertama Betty baka (DLH) dan kemudian berkembang biak menjadi banyak dan beranak pinak. Kerana costing yang agak mahal ketika itu maka bermulalah episod kami memulakan "breeding" kucing utk jualan.

Rinalisya adalah gabungan nama anak kami qaiRINA dan qaLISYA yang pada masa itu baru mempunyai 2org shj. Nama Rinalisya tlh kami daftarkan SSM sbg Rinalisya Ent dan bbrpa event tlh kami sertai atas nama itu. Namun kerana masa dan aktiviti lain yang terhad maka Rinalisya Ent terpaksa ditutup.

Kemudian pada tahun 2013 kami mula berjinak2 dgn kucing2 baka highnose dan exotic short hair. Dan bermula dgn itu lah kami mula aktif dalam dunia kucing di FB.

Tetapi rahmat Allah melebihi murkanya. Kami diuji dgn kecurian dan kematian anak2 kucing yang banyak pada tahun 2016 dan 2017. Dan ketika itulah kami mengambil keputusan utk berehat dan membela sekadar minat shj sehingga kini.

Namun kerana azam dan semangat yang tinggi dalam dunia Haiwan ini...kami melangkah setapak lagi utk mencuba didalam dunia perniagaan dan mengambil keputusan utk membuka kedai "Haiwan Peliharaan" dikawasan Taman Saujana Plentong.

Kedai lot yang berukuran 20x24 ini telah kami penuhkan dgn segala bentuk keperluan sibulus yang ada. Dari kucing,arnab,ikan dan burung semuanya kami sediakan...Insyaallah diharapkan diatas doa kawan2 kami dapat bertahan dan istiqomah utk menjadikan perniagaan bumiputra dan muslim ini lebih berjaya. Namun kami bukanlah bersifat "rasist" kerana kami juga banyak dibantu oleh peniaga2 bangsa lain yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Cuma kami harapkan sokongan dan doa anda semua yang tidak putus mendoakan kami.

Terakhir terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang banyak membantu kami dan telah kami anggap spt adik sendiri iaitu Sulaiman dari Dhiraz Cat House dan Haizer (jiran) yang byk membantu dalam menyumbangkan tenaga dan idea kepada kami.

Insyaallah dgn adanya Rinalisya Petshop diharapkan ekonomi umat islam akan semakin kuat dan peluang pekerjaan utk anak muda juga dapat bertambah...Akhir kalam...jazakumullahhu khyran khatira 😊





Monday, December 16, 2013

Flat Face & High Nose (Oreo n Neo)


                                                                  Rinalisya D'Oreo
SOLD

Salam To All The viewers,
Our Flatface kitten Tiavara Nico x Tiavara Nikita Harwoud
Ini adalah anak hasil perkongsian hidup Nico dan Nikita ;)
Male dan sgt comel.
Kpd yang berminat bolehlah hubungi Kami.

RinaLisya D'Neo
SOLD

Tiavara Nico x Tiavara Nikita Harwoud
Male dan tersangatlah comel sbb 95% adalah gen Nico
Berkepala bulan dan bermata galak...serta hidung tinggi.
Bagi yang berminat boleh hubungi kami yer...tqvm all


Trio Blue Marble...



                                     

(SOLD)

Salam to all the viewers...

Proudly presented our Trio Blue Marble yang sgt kiut miut ;)
Kpd Tuan Puan y berminat bolehlah menghubungi kami terus yer...TQ


Monday, September 16, 2013

FLAT FACE PROVEN PERSIAN

SION SONATA (RM 2800)

                                                                              PIC BEFORE GROOMING
                                        

PIC AFTER GROOMING


Salam to all viewers...
This is my Beauty ANgel Sion Sonata...another 'DAM'  to let go...sangat sedih utk melepaskannya kerana kualiti yang sebegini jarang2 utk kita jumpa...apatah lagi yang dah 'proven' mcm nie...tetapi kerana komitmen yang tinggi maka terpaksa saya melepaskan seekor kucing kesayangan dari Dr Rahim Tiavara Vet. Utk pengetahuan Gen Putih dari sion ini sangatlah kuat. Saya telah matingkan Sion bersama2 ESH hitam, and my 2 Bi Colour Prinze...namun hasil daripadanya tetap warna putih...hehehe..dan mungkin belum ada rezeki lagi utk mendapat warna lain...Oleh itu kpd owner baru y akan memiliki Sion ini mungkin rezeki itu ada pada anda....Sion adalah baka bulu panjang dan lebat...saya pernah botakkannya dan ia hanya mengambil masa 4m kurang lebih utk kembali kepada asal (berbanding kucing lain)...Sesiapa yang berminat bolehlah call/waassup kpd kami dan perbincangan lanjut mengenai penghantaran dan harga boleh dirundingkan...sekian....terima kasih dan jazakallah

Female Young Calico



Female Calico (SOLD)



Salam kpd semua. Ini adalah seekor kucing betina y berumur 1.5 tahun yang hendak saya letgo. Kucing seorang teman y minta saya untuk jualkan. Mengikut amatan saya kucing Calico ini amat sukar utk kita jumpa.dan kalau adapun harganya mungkin mahal. Tetapi mungkin kerana belum ada rezeki jadi kucing ini tersimpan pada saya sejak dari bulan 6 2013...Dan pada hari saya hendak memulangkan semula kucing ini kpd tuannya...Alhamdulillah ada seorg hamba Allan y telah berminat utk membelinya mungkin bagi tujuan 'Breeding'. Apa2 hal pun saya doakan agar 'Tuan' baru tersebut dapat menjaga nya dengan baik dan semoga zuriatnya akan berkembang pesat..hehehe...neway 'its already sold on 13/9/2013...besy of luck to the new owner and tks all for viewing...jazakallah..

Tuesday, May 14, 2013

DollFace White Male (SOLD)

Salam Guys...Buat pertama kalinya kami ingin menjual baka daripada Nico dan Sion dgn harga y plg murah jikalau hendak di 'compare'kan dengan kualiti dan pedigreenya...Entah dimana silapnya dengan kehendak Allah swt anak Nico dan Sion pada kali ini tidak terlalu extreme (hehehe)...Berbekalkan wajah comel dan dilihat sbg 'DollFace'..Tiavara MickeyLisya banyak mengikut gen Sion berwarna putih. Dengan rangka yang besar dapat dilihat sifat Alpha Malenya daripada kecil...amat lincah,sihat dan suka bermain adalah sifat2 'kitty' di sukai semua orang...Jika ada yang berminat bolehlah menghubungi kami yer....tks

Sire (Tiavara Nico)                                                      Dam (Sion Sonata)

Tiavara MickeyLisya

 





(SOLD)

Friday, January 18, 2013

Persian Kitten (SOLD)

SELAMAT DATANG KE RLC BLOGGER SITE.
Kami ingin meminta maaf kepada para pengunjung kerana tidak dapat meng up/load video dan juga pic new kiddies buat masa ini due to teknikal problem. Jadi kepada mereka yang betul2 berminat silalah hubungi kami melalui telefon ataupun sms utk kami hantarkan melalui email kpd anda. Segala kesulitan amatlah dikesali. TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG KAMI. ;)

New Kittens are from Tony X Betty
6 little kitten
1Orange White Bicolour - Male (Long Hair) (SOLD)
1Black White Bicolour - Male (Long Hair) (SOLD)
1Blue/Grey - Male (Semi Long Hair) (SOLD)
1Oreo - Male (Long Hair) (SOLD)
1Blue/Grey - Female (Long Hair) (SOLD)
1Calico - Female (Long Hair) (SOLD)


SIRE (TONY)                                                   DAM (BETTYlisya)